Maklumat Korporat
Hutan Rekreasi
Hubungi Kami
 
Melawat Negeri Melaka Bererti Melawat Malaysia

" Melaka Maju Tahun 2010"
 
 
Tahukah Anda ?
 
x
Untitled Document

 

PERUTUSAN PENGARAH NEGERI MELAKA
 
 
 

Selamat datang ke laman (Homepage) Jabatan Perhutanan Negeri Melaka yang dilancarkan pada 30 September 2002, sempena Sambutan Hari Perhutanan Sedunia Ke 31, Peringkat Kebangsaan di Hutan Rekreasi Ayer Keroh.  Saya berharap laman ini dapat meningkatkan pengetahuan para pengunjung laman ini dalam bidang Perhutanan khasnya Perhutanan di Negeri Melaka.

Di samping itu ia dapat membantu anda untuk mengenali Hutan-Hutan Rekreasi yang terdapat di negeri ini serta kemudahan yang disediakan.  Namun begitu, untuk menikmati suasana sebenar Hutan-Hutan Rekreasi tersebut, anda haruslah berkunjung dan menafaatkanya dengan sebaik mungkin.Sejajar dengan Wawasan Jabatan untuk diiktiraf sebagai sebuah agensi terunggul dalam pengurusan hutan tropika secara berkekalan, adalah menjadi tanggungjawab Jabatan ini bagi memastikan Hutan-Hutan Simpanan Kekal terus wujud. 

Strategi dan rancangan pembangunan Perhutanan diatur supaya pengurusan dan pemuliharaan sumber-sumber hutan dapat dimanafaatkan dalam kehidupan seharian.  Walau bagaimanapun, ini hanya dapat dicapai dengan sokongan dan kesedaran semua pihak.Akhir kata, Jabatan sentiasa mengalu-alukan pandangan dan komen positif anda semua demi mempertingkatkan tahap pembangunan sector Perhutanan.Selamat melayari Homepage Jabatan.

 

SEKIAN TERIMA KASIH.